Saturday 8 October 2011



Berkenalan

Assalammualaikum semua,
Hari ni sya Fiera nk kongsikan citer skit mengenai title blog ni and kenalan….  Title blog ni yg tajuk chocomylo-shake 2 hnya lakh rekaan Filiyumi saja…xde kene mengena yg hidup atau pun yg dh mati. Act, kami ada 4 org anggota ..tapi, gmbr ada 3 org jer yg bermula dgn ayu,fira dan intan… kite org ada lagi sorang nma dia lidya/linda… tap, kite org xde gmbr dia….  Ok korang nk tau x apa maksud “Filiyumi Dynda”????... Fi = fiera  LI= linda YU= ayu  MI=  inta nuramieza..Dynda pula yg membawa maksud perempuan atau lebih dekat lagi ‘LADIES’ hahhaha WT…okey, this is for you in my first upload… see Fliyumi in next hot upload…bubye…wasalammualikum……….











Thursday 6 October 2011



WARKAH BUAT TEMAN 

Teman.....
Dalam mengejar arus kedewasaan ini aku dengan seikhlas hatinya menabur debu segala jenis kasih sayang kearah jalinan persahabatan ini.
Teman,
Aku mengerti akan hakikat sebenar yang bakal kita lalui setelah hidup kita bakal diterangi cahaya masa depan iaitu hidup sebagai seorang dipertengahan usia tidak lagi pada masa sekarang iaitu zaman remaja.Bukan aku menaruh harapan supaya kita selalu berjumpa ,namun dihati ini terselit perasaan rindu yang amat mendalam.
Teman,
Sebagai mana baik budi mu terhadapku,setinggi gununglah cubaanku untuk meneruskan perjuanganku sebagai sahabatmu yang sentiasa periang dan ceria sewaktu dahulu.Selama aku mengenalmu inilah kali pertama aku ingin mengucapkan sesuatu yang mungkin berharga bagi dirimu.
Teman,
Jujur aku akui kaulah sahabatku yang paling istimewa walau hakikatnya kau dan aku sering bertegang leher lantaran sikap angkuh yang menguasai diri.Terima kasih kuucapkan atas segala pengorbanan kasih sayang yang engkau berikan.Maafkanlah aku andai selama ini aku sering mengganggu perasaanmu dan membuatkan dirimu sering dilanda taufan apikemarahanmu.
Teman,
Ingatlah bahawa dalam mengejar arus kehidupan apatah lagi zaman kemewahan kau dan aku pernah digelar sahabat yang paling akrab suatu ketika dahulu.Janganlah kau persiakan harapanku ini walaupun ku tahu kau mungkin bakal meninggalkan aku setelah menemui sesuatu yang paling baik berbanding diriku.Ku berdoa agar kau sentiasa ceria seterik mataharisesegar bunga di taman dan semanis senyuman.